RAIKAN PESTA MENUAI DENGAN RASA TANGGUNGJAWAB BERSAMA HEINEKEN MALAYSIA BERHAD 0 6784

Ketika masyarakat di Sabah dan Sarawak berkumpul untuk meraikan kepelbagaian dan kemeriahan musim menuai dengan Pesta Ka’amatan dan perayaan Hari Gawai, Heineken Malaysia Berhad (HEINEKEN Malaysia) menggalakkan para pengguna untuk meraikan musim perayaan dengan rasa tanggungjawab.

Roland Bala, Pengarah Urusan HEINEKEN Malaysia, yang berasal dari Sawarak berkongsi, “Pesta menuai merupakan masa yang terbaik untuk mengalami tradisi-tradisi yang meriah, upacara berwarna-warni serta hidangan eksotik di seluruh negeri Sabah dan Sarawak. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan agar para pelanggan dan rakan perniagaan kami menyambut pesta perayaan dengan gembira dan makmur, serta sentiasa meraikannya dengan bertanggungjawab,”

“Antara komitmen HEINEKEN Malaysia untuk mendidik pengguna agar lebih bertanggungjawab ketika mengambil alkohol, kami mengingatkan pengguna untuk memilih produk-produk 100% duti berbayar sahaja, yang terjamin kualitinya. Walaupun pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa, alkohol seludup kekal menjadi isu di Sabah dan Sarawak serta merugikan kutipan hasil bagi pihak Kerajaan dan Industri. Kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna tentang isu ini,” tambah Roland.

Untuk membantu pengguna mengenali bir duti berbayar, HEINEKEN Malaysia berkongsi kaedah pengenalan empat langkah iaitu:
Langkah 1: Pastikan bir adalah dari Heineken Malaysia Berhad
Langkah 2: Produk dibru dan dipek di Kilang Bir Sg. Way, Petaling Jaya, Selangor
Langkah 3: Pastikan saiz tin bir adalah 320ml
Langkah 4: Pastikan kod bar bermula dengan 955

Selain itu, untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat ketika di jalan raya pada musim perayaan, HEINEKEN Malaysia juga menyediakan baucar Grab bernilai RM10. Pengguna kini boleh berpesta dengan selamat tanpa perlu memandu selepas minum di waktu malam. Gunakan kod promo Grab DrinkSensibly untuk menikmati diskaun RM10 ke atas tambang Grab untuk perjalanan pergi dan balik ke lokasi-lokasi pesta kegemaran anda. Kod promo DrinkSensibly boleh digunakan di Sabah dan Sarawak antara pukul 4 petang – 4 pagi sehingga 2 Jun 2019.

HEINEKEN Malaysia mengucapkan ‘Kotobian Tadau Tagazo do Ka’amatan’ kepada masyarakat Sabah dan ‘Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai’ kepada masyarakat Sarawak.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14917

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news