2 adik beradik ditangkap polis kerana edar dadah di Kampung Haji Baki 0 3638

KUCHING: Dua beradik dipercayai tokan dadah kecundang di rumah sendiri selepas kegiatan licik mereka berjaya dihidu polis.

Kedua-duanya yang berusia 29 tahun dan 34 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa di sini dalam satu serbuan sekitar jam 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek dicekup oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan.

Hasil pemeriksaan di rumah tersebut jelas Aidil, polis menjumpai sekotak rokok jenama VESS berwarna hijau di atas lantai di kamar tidur.

“Setelah diperiksa, terdapat 12 paket lut sinar yang mengandungi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu di dalam kotak rokok tersebut.

“Dadah jenis syabu itu dianggarkan seberat 7 gram dengan nilai pasaran kira-kira RM900 ke RM1,000,” katanya.

Aidil berkata, suspek mengaku dadah itu adalah miliknya yang dibeli dari seorang pembekal bernama Mamat.

Hasil semakan rekod jenayah lampau, kedua-dua suspek pernah ditahan atas kesalahan juga berkait dadah.

Malah mereka mengaku telah menjadi hantu dadah sejak enam tahun lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan untuk siasatan lanjut. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15403

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8419

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news