Lelaki mabuk mahu rebut isteri orang di Miri 0 3383

MIRI: Seorang lelaki mabuk menceroboh rumah sewa sepasang suami isteri dan bertindak mencederakan mereka, selepas mendakwa isteri mangsa tersebut ialah isterinya juga.

Insiden itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi Ahad, apabila suspek menceroboh masuk ke rumah mangsa dengan menaiki pagar rumahnya dan mengumpil jeriji pintu rumah mereka di Taman Permai, Bandar Baru Permyjaya, sehingga rosak.

Suspek yang berusia 24 tahun, juga dari Bandar Baru Permyjaya di sini, dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan bersenjatakan sebilah parang, kemudian mengetuk pintu rumah mangsa, ketika pasangan suami isteri itu dan anak mereka serta abang ipar mangsa yang turut tinggal bersama mereka, sedang nyenyak tidur.

Mangsa yang terdengar pintunya diketuk telah meminta isterinya memeriksa keadaan di luar, namun bingkas bangun apabila terdengar isterinya berteriak dan juga suara lelaki lain.

Mangsa kemudian membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di hadapannya sambil memegang sebilah parang.

Suspek kemudian menarik keluar parang tersebut dari sarungnya dan cuba menikam serta menyerang mangsa, menyebabkan berlakunya pergelutan di antara mangsa dan suspek hingga keluar rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Miri, DSP Aldrin Junaidi Kutoi, yang mengesahkan kes berkenaan memberitahu hasil siasatan polis pula mengesahkan mangsa dan isterinya telah berkahwin secara sah dan mempunyai sijil kahwin yang sah. 

“Akibat pergelutan tersebut, mangsa mengalami kecederaan luka di tapak tangan kiri dan kanan serta lengan kanan lebam kena gigit, manakala isterinya mengalami luka di tapak tangan kanan dan lengan kiri,” ujar Aldrin.

Manakala suspek mengalami kecederaan di bahagian atas mata kiri dan telah diberirawatan oleh pihak hospital yang datang ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, suspek dibenarkan untuk ditahan reman selama empat hari sehingga 19 Julai ini untuk siasatan lanjut, di bawah Seksyen 324 dan 448 Kanun Keseksaan kerana disyaki mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan kesalahan menceroboh. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news