2 lelaki, seorang wanita ditahan polis kerana disyaki edar dadah di Bintulu 0 7754

Bintulu: 2 lelaki dan seorang wanita ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran syabu di Bintulu.

Menurut info kesemua suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan dalam serbuan di Jalan Masjid, di sini sekitar jam 10.20 pagi semalam selepas polis membuat risikan.

Hasil pemeriksaan pihak polis, pihak polis telah menjumpai dadah jenis plastik syabu seberat 7.2 gram yang disembunyikan di bawah tempat duduk kereta.

Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2336 yang dipercayai hasil jual beli dadah jenis syabu tersebut.

Hasil ujian air kencing ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis amphetamine. Setakat ini kesemua suspek telah ditahan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news