KUCHING: Sekitar 2 ribu orang peminat muzik Jazz tempatan dan luar negara hadir menyaksikan konsert Kuching Waterfront Jazz Festival 2018 yang bermula malam tadi.
Apa yang menariknya artis-artis yang membuat persembahan bukan saja dari Malaysia. Malah artis-artis yang hadir membuat persembahan ada yang didatangkan khas dari Indonesia dan Singapura.
Persembahan pentas dimulakan oleh kumpulan Sang Voyage. Sebuah band tempatan yang terkenal dengan persembahan alat muzik tradisional Sape yang beritma jazz.
Antara penyanyi lain yang membuat persembahan pada hari pertama semalam adalah Aditya dari Indonesia, Atilia Harun dari Kuala Lumpur dan Alemay Fernandez dari Singapura.
Persembahan yang paling memukau penonton yang hadir semalam adakah persembahan dari penyanyi kelahiran Kuching iaitu Dayang Nurfaizah yang tampil dengan 4 buah lagu
Turut hadir menyaksikan konsert adalah Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah – Kamek Miak Sarawak