2 Ribu Peminat Muzik Jazz Hadir di Kuching Waterfront Jazz Festival 2018 0 6296

KUCHING: Sekitar 2 ribu orang peminat  muzik Jazz tempatan dan luar negara hadir menyaksikan konsert Kuching Waterfront Jazz Festival 2018 yang bermula malam tadi.

Apa yang menariknya artis-artis yang membuat persembahan bukan saja dari Malaysia. Malah artis-artis yang hadir membuat persembahan ada yang didatangkan khas dari Indonesia dan Singapura.

Persembahan pentas dimulakan oleh kumpulan Sang Voyage. Sebuah band tempatan yang terkenal dengan persembahan alat muzik tradisional Sape yang beritma jazz.

Antara penyanyi lain yang membuat persembahan pada hari pertama semalam adalah Aditya dari Indonesia, Atilia Harun dari Kuala Lumpur dan Alemay Fernandez dari Singapura.

Persembahan yang paling memukau penonton yang hadir semalam adakah persembahan dari penyanyi kelahiran Kuching iaitu Dayang Nurfaizah yang tampil dengan 4 buah lagu

Turut hadir menyaksikan konsert adalah  Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8393

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news