20 peratus royalti minyak, Chong kini berubah arah? 0 5555

KUCHING: Ahli-ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempersoalkan pendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen mengenai tuntutan royalti 20 peratus minyak dan gas.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PH Sarawak telah menawarkan royalti sebanyak 20 peratus daripada pengeluaran minyak di negeri ini dan 50 peratus daripada kutipan cukai di Sarawak jika berjaya menawan Putrajaya.

Tetapi perkara ini bercanggah sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

“Persoalannya sekarang ialah apakah pendirian Chong mengenai tuntutan royalti 20 peratus itu? Adakah beliau akan terus bersama Kerajaan Negeri Sarawak untuk tidak berganjak menuntut royalti 20peratus atau sudah berubah?

“Jika Chong berubah pendirian, bermakna beliau telah mengkhianati janji dan harapan rakyat Sarawak serta perjuangan Allahyarham Tok Nan untuk menuntut royalti 20 peratus daripada pengeluaran hasil minyak dan gas.

“Apa yang jelas harapan rakyat Sarawak kepada Kerajaan PH adalah untuk menunaikan janji dalam Manifesto PH untuk memberikan royalti 20 peratus berasaskan hasil pengeluaran dan mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Fadillah, Chong dalam kenyataan di parlimen Rabu lepas mendakwa Kerajaan Sarawak belum mempersetujui penurunan kuasa yang ditawarkan Putrajaya dan mendakwa Kerajaan Sarawak tidak menjelaskan pendirian mengenai perkara itu adalah tidak berasas sama sekali.

Dalam kenyataannya Chong juga menyebut tambahan royalti 15 peratus selain 5 peratus ketika ini, melibatkan peningkatan sebanyak RM4.5 bilion kepada RM5 bilion setahun, dan 50 peratus pendapatan cukai di Sarawak iaitu sebanyak RM3.5 bilion setahun, memandangkan Sarawak menyumbang kutipan cukai berjumlah RM7 bilion.

Justeru beliau menyebut bahawa sejumlah RM8 bilion akan diberikan kepada Sarawak.“Kerajaan Sarawak sejak Allahyarham Tok Nan mengambil alih tampuk kepimpinan negeri, secara konsisten telah berjuang menuntut royalti 20 peratus daripada hasil pengeluaran berbanding 5 peratus ketika ini.

“Manakala bagi penurunan kuasa, Allahyarham Tok Nan secara tegas dan konsisten menuntut hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan.

“Usaha Allahyarham itu telah diteruskan oleh Ketua Menteri sekarang, Datuk Patinggi Abang Johari  Tun Openg, sehingga ke hari ini,” tambahnya menambah Jawatankuasa Kabinet berkaitan MA63 juga telah ditubuhkan sejak 2016 dan ia dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Nancy Shukri (Sarawak) dan Datuk Seri Anifah Aman (Sabah).Jelas Fadillah lagi yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, tuntutan  Allahyarham Tok Nan secara spesifik menumpukan kepada keperluan untuk Kerajaan Persekutuan memenuhi hak-hakSarawak seperti termaktub dalam MA63, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963, Laporan Suruhanjaya Cobbold1962 dan Perlembagaan Persekutuan.

Malah rundingan penurunan kuasa pentadbiran dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak sudah memasuki fasa kedua sebelum PRU-14 yang lalu melibatkan perundingan antara Peguam Negara di peringkat Persekutuandan Peguam Besar Negeri Sarawak dan Sabah.

Jawatankuasa teknikal di peringkat negeri juga sudah mengemukakan laporan teknikal perbincangan kepada Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.Di samping itu, 13 peruntukan kuasa pentadbiran sudah dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak sejak 2016. – Utusan  Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13718

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8163

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news