0 5851

Pengumuman Ketua Menteri  Sarawak, Datuk Abang Johari Openg  bahawa kerajaan Negeri Sarawak akan mengambil alih kuasa seliaan penuh ke atas aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas mendapat respon yang positif  daripada rakyat. Langkah tersebut sebahagian daripada penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan sebagaimana dibincangkan beberapa tahun lepas.

Sebelum ini, Perdana Menteri bersetuju usaha tersebut dibuat sebagai usaha untuk mengembalikan kepada Sarawak kuasa yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sejak pemerintahan Adenan Satem isu ini merupakan isu dasar yang menjadi kempen penting Barisan Nasional. Dikatakan kuasa yang diperuntukkan dalam perjanjian tersebut terhakis, lebih-lebih lagi kesedaran rakyat Sarawak semakin meningkat tentang hak mereka.

Penubuhan Petros

Pembentukan Petros dijangka mampu mengeksploitasi sumber minyak dan gas asli sesuai dengan  kuasa diperuntukkan Senarai Negeri bawah Perkara 2(c) Senarai Negeri dan 8(j) Senarai Persekutuan dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.  Ini merupakan kejayaan hasil perundingan kerajaan dengan persekutuan dalam pelbagai peringkat sebelum ini.

Petros ialah syarikat minyak dan gas Sarawak dan bukannya  syarikat kontraktor minyak. Syarikat ini ditubuhkan untuk pembangunan huluan dan hiliran minyak dan gas di Sarawak dan bakal diberikan hak melombong minyak dan gas asli.   

Dengan kata lain, syarikat ini akan menjadi pemain penting dan mengetuai penyertaan negeri dalam sektor ini yang mempunyai kepentingan strategik untuk menjana pendapatan dan pembangunan sosio-ekonomi Sarawak. Penubuhan ini sesuai dengan langkah dan kuasa  Sarawak seperti yang terkandung dalam undang-undang.

Hak Melombong Sudah Lama

Sejak tahun 1952 kerajaan kolonial Sarawak  telah mengeluarkan sewaan melombong minyak, dalam bentuk cagaran. Sewaan ini diberikan  kepada Sarawak Oilfields Limited dengan memberikan segala kebebasan, hak dan keistimewaan bagi meneroka dan melombong semua kawasan  di bawah koloni Sarawak atau mana-mana “petroleum yang terletak di bawah atau di seluruh wilayah yang membentuk Koloni Sarawak termasuk tanah di bawah semua perairan wilayah”.  

Dua tahun selepas itu, Queen in Council memperincikan lagi undang-undang hak dengan meluluskan Perintah Sarawak (Pengubahan Sempadan). Tujuannya adalah untuk meluaskan sempadan Sarawak.  Ini termasuklah memasukkan kawasan dasar laut dan buminya yang terletak di bawah lautan dalam yang berkaitan dengan perairan wilayah Sarawak.

Dengan kata lain, sebelum  Sarawak, Sabah, Singapura dan Semenanjung Malaysia  membentuk Malaysia pada 16 September 1963, segala sumber dan hak petroleum di kawasan-kawasan pantai dan luar pantai dan  di pelantar benua sudah pun dimiliki Sarawak. Malah, sudah ada kuasa undang-undang terhadap lesen atau geran meneroka, mencari gali dan melombong dalam sempadan Sarawak.

Selepas pembentukan Malaysia, Sarawak masih mempunyai hak  tersebut . Hak tersebut ialah berdasarkan hak perlembagaan dalam konteks bagi pengeluaran lesen meneroka, sewaan melombong di bawah Perkara 2(c) Senarai Negeri dan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang kini kini baru ‘dikembalikan kembali’.  

Hak tersebut antara lain memberikan kuasa di bawah kuasa legislatif negeri, dan dengan kuatkuasa Perkara 80 pada kuasa eksekutif kerajaan Sarawak yang dapat dilihat melalui peruntukan ‘tanah, termasuk permit dan lesen untuk penerokaan bagi melombong, sewaan dan sijil melombong’.

Kerajaan negeri Sarawak berpendirian Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak tidak pernah dibatalkan oleh mana-mana undang-undang darurat yang diisytiharkan bila Perisytiharan Darurat 1969 berkuasa kuasa.  Hal ini diperkukuhkan lagi apabila Perisytiharan Darurat 1969 dibatalkan pada 2011.

Kerajaan Negeri juga mengakui akur terdapat Perkara 4 yang mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan undang-undang tertinggi persekutuan. Namun  Sarawak masih ada kuasa dan hak dari segi perlembagaan Negeri untuk menguatkuasakan Ordinan Perlombongan Minyak termasuklah hak untuk melombong minyak dan gas di Sarawak.

Implikasi daripada undang-undang tersebut, Sarawak kini mendapatkan semula semua semua hak untuk meneroka, cari gali dan membangunkan industri minyak dan gas di  Sarawak. Kuasa dan hak tersebut akan dikuatkuasakan pada bulan Julai tahun ini. Dengan kata lain, Sarawak akan mendapat autoriti pengawalan penuh berkaitan dengan semua aspek hiliran dan huluan industri minyak dan gas di Sarawak. Demikian ditegaskan oleh Ketua Menteri Sarawak ketika perasmian Petros.

Justeru, mana-mana syarikat termasuk Petronas  perlu mendapatkan lesen penerokaan daripada kerajaan negeri sebelum melakukan operasi mereka di Sarawak. Lesen, permit, pajakan dan kelulusan ini di bawah Ordinan Perlombongan Sarawak atau Ordinan Pengedaran Gas.

Melalui lesen ini maka dapat dilakukan kawalan selia operasi dan aktiviti bagi memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri termasuk dari segi penggunaan dan tanah. Sebelum ini,  kebenaran hanya diberikan daripada kelulusan kerajaan persekutuan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA). Selepas pengumuman ini, maka segala aktiviti perniagaan dan operasi Petronas atau mana-mana syarikat lain akan diselaraskan agar sesuai dengan keperluan dan kehendak kerajaan negeri.

Selaras dengan perkembangan  ini, rang undang-undang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri   untuk meminda Ordinan Perlombongan Minyak bagi menambah baik peruntukan dan memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan. Setakat ini, rang undang-undang ini sudah dibincangkan  diperingkat kabinet dan disokong oleh semua.

Pandangan Pembangkang

Namun DAP cuba menolak pandangan   bahawa dua undang-undang persekutuan iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA)  itu batal dan tidak sah di Sarawak. Menurut DAP dua akta ini tidak dimansuh atau dipinda untuk kecualikan Sarawak.  

Hal ini kerana di bawah sistem perundangan mana-mana undang-undang yang diluluskan di Malaysia dan digazetkan untuk dilaksanakan dikira boleh pakai sehinggalah  undang-undang tersebut dimansuhkan. Ataupun, sekiranya Mahkamah Persekutuan sudah pun pengisytiharan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan, terbatal dan tidak sah.

DAP juga berpendirian, tidak ada sesiapa pihak boleh mengisytiharkan yang undang-undang yang diluluskan di Parlimen itu terbatal dan tidak sah. Kecualilah ia sudah diisytiharkan  oleh Mahkamah Persekutuan.

Dengan tafsiran ini, situasi ini masih sama dan kelayakan untuk Sarawak mendapat royalti minyak dan gas kekal 5% manakala penerokaan minyak dan gas yang masih dikawal oleh kerajaan persekutuan dan Petronas. Pada masa yang sama Ketua Menteri menyatakan perbincangan 20 peratus royalti ditangguhkan  kerana harga minyak di pasaran dunia kini kurang memberangsangkan.

Maka, sudah tiba masanya kedua-dua pihak berbincang, berdialog dan membuat keputusan bersama-sama  agar pandangan seumpama ini boleh menyebabkan kekeliruan rakyat. Ia juga boleh menepis retorik kedua-dua pihak. Yang penting apa-apa pun, segala pandangan dan tindakan yang baik  boleh memberikan kemajuan kepada negeri Sarawak.

*Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ialah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13444

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8135

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news