25 orang tuai rumah di Ulu Simunjan buat laporan polis 0 7343

Simunjan: Kira-kira 25 orang Tuai Rumah dari kawasan Ulu Simunjan membuat laporan polis berkaitan penulisan seorang netizen mengenai ADUN Gedong Datuk Haji Naroden Majais baru-baru ini.

Difahamkan, kumpulan yang diketuai oleh Temenggong Anthony Nipak dan Penghulu Nigol Anak Arbie @ Najib Haji Arbie membuat laporan tersebut di Balai Polis Serian.

Mereka menafikan semua dakwaan penulis berkenaan dalam penulisan di media sosial (Facebook) pada minggu lepas mengenai ADUN Gedong dan mereka; ketua kaum dan tuai rumah.

Dakwa mereka lagi, apa yang ditulis individu berkenaan adalah satu pembohongan dan fitnah semata-mata dan mereka membuat laporan polis agar individu berkenaan disiasat.

Berikut adalah senarai nama Tuai Rumah yang membuat laporan polis berkenaan:

1. Temenggong Anthony Nipah – Semalatong
2. Penghulu Mohd Najib Amri – Semalatong
3. TR Rupert ak. Kelachi – Nangga Sabun
4. TR Gerunsin ak. Limpan – Keniong Nangga Gerutit
5. TR Sebli Hassan – Kampung Sibau Rumbau
6. TR Lungkin ak. Meran – Kampung Kepayang Lama
7. TR Sata ak. Gem Pi@ Dempi -Kampung Keniong Jaya
8. TR Irwan Shah Abdullah – Kampung Tesun
9. TR Megau ak. Achoi – Kampung Gayau Padok
10. TR Bohari Abdul Karim – Kampung Semalatong
11. Mohd Midley Abdullah – Kampung Semalatong
12. TR Cheludi  Seuigog – Kampung Gayam & Nipong Ng. Lalang
13. TR Spina ak Muheng – Kampung Isu Jaya
14. TR Francis ak. Kunche – Kampung Keniong Baru
15. TR Henry ak. Budin – Kampung Munggu Ai
16. TR Semuel ak. Sugit- Kampung Keniong Lama
17. TR Chulin ak. Tambi – Kampung Sengkalan
18. TR Joseph Nayu ak. Ali – Kampung Kepayang String
19. TR Lihang ak. Damang-Kampung Kepayang Berangan
20. TR Bujang Abdullah – Kampung Islam
21. TR Wilson ak. Derit- Kampung Semalatong lama
22. TR Henry ak. Jimai -Kampung Sungai Semalatong
23. TR Achai ak. Bijak – Kamoug Isu Sedia
24. TR Kudi ak. Lenggin – Kampung Isu Lama
25. TR Giris ak. Mani – Kampung Isu Baru

Tiga orang Tuai Rumah; TR Sarika ak. Muda, Penghulu Albert Nyawin dan TR Andrew Suat tidak bersama kumpulan tersebut membuat laporan kerana ada urusan peribadi namun mereka menyatakan sokongan terhadap tindakan membuat laporan polis berkenaan.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news