Pasar Spaoh musnah sekelip mata 0 7242

BETONG: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina esok bertukar suram bagi lapan pemilik premis perniagaan di Pekan Spaoh, di sini, apabila deretan kedai itu musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika semua peniaga sibuk membuat persiapan untuk majlis ‘makan besar’ malam ini sempena perayaan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dibantu 10 anggota dari BBP Saratok dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati api sudah memusnahkan keseluruhan lapan kedai lama berstruktur kayu itu.

“Api marak dengan cepat memusnahkan deretan kedai dan kami bertindak pantas mengawal api daripada merebak ke blok berdekatan.

“Tiada mangsa cedera. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami semua pemilik kedai,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news