3 individu berhadapan hukuman mati angkara 62.7 gram syabu di Long Lama 0 5750

MARUDI: Dua lelaki dan seorang wanita terbayang hukuman mati selepas sepasukan anggota siasatan jenayah narkotik negeri, menemui dadah syabu seberat 62.7 gram dalam simpanan mereka di Long Lama, petang semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Sahar Abdul Latif ketika mengesahkan tangkapan berkata, suspek ditangkap dalam satu serbuan terhadap sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kayan di sini.

“Serbuan dilakukan setelah kita mendapat maklumat awam dan ketiga-tiga suspek berada di rumah tersebut ketika itu.

Pemeriksaan badan ketiga-tiga suspek katanya, bagaimanapun gagal menemui barang salah namun pemeriksaan lanjut di atas almari baju di bilik tidur menjumpai satu bekas kontena tupperware, yang di dalamnya mengandungi sejumlah 30 paket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Saringan awal air kencing telah dilakukan dan dua suspek lelaki didapati positif dadah jenis Methaphetamine.

“Berat kasar dadah yang dijumpai adalah 62.7gram, yang mempunyai nilai pasaran RM9 ribu.

Sahar berkata, dua suspek lelaki berusia 43 tahun dan suspek wanita Cina berusia 30 tahun itu kemudian ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sabit kesalahan boleh menyebabkan ketiga-tiganya berhadapan hukuman mati,” jelasnya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news