3 kes kematian letupan gas di City One Megamall selesai dibedah siasat 0 6705

KUCHING: Semua tiga kes kematian akibat letupan gas di CityONE Megamall di sini semalam, selesai dibedah siasat.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim, berkata dua daripada mayat mangsa, O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiam Jong, 24, dari sini sudah diserahkan kepada waris masing-masing hari ini.

Sementara, kes terakhir membabitkan mayat Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang dijangka dihantar pulang esok.

“Jabatan ini ingin merakamkan simpati ke atas mangsa terbabit dan keluarga yang mengalami kehilangan anggota keluarga mereka.

“Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi situasi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, susulan kejadian bangunan runtuh di premis itu petang semalam, dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah kedai yang sedang diubah suai, jumlah keseluruhan mangsa terbabit adalah 44 orang, termasuk tiga maut.

Seramai 20 daripada 30 mangsa yang diberikan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, masih menerima rawatan dan keadaan mereka stabil, kata Dr Jamilah.

Sementara, sembilan mangsa diberi rawatan di Pusat Perubatan Borneo (BMC), Kuching dan dua mangsa di Pusat Perubatan Timberland (TMC), Kuching.

“Daripada 41 mangsa diberikan rawatan, terdapat mangsa mengalami luka terbakar pelbagai tahap termasuk luka terbakar teruk dengan gangguan pernafasan, patah tulang, kecederaan pada tisu dan otot, luka-luka serta sesak nafas,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13153

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12622

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news