Pemilik CityOne hulur bantuan kewangan kepada mangsa, waris 0 14171

KUCHING: Bantuan kewangan akan diberikan kepada mangsa tercedera serta waris tiga yang terkorban dalam insiden letupan di pusat beli belah CityONE pada Selasa lepas.

Perkara itu dimaklumkan pemilik Pusat Beli Belah CityONE, Stephen Long Tine Chung ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini yang turut menyaksikan isterinya Sim Ewe Kee serta menantu lelakinya Johnny Lau Sie Yan cedera dalam insiden berkenaan.

“Kita sangat bersedih dengan apa yang berlaku, amat sedih dengan insiden ini yang telah meragut tiga nyawa. Sekarang apa yang boleh saya lakukan ialah menjaga kebajikan mereka, melawat mereka di hospital dan menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga tiga mangsa yang terkorban,” katanya.

Long menambah, keselamatan adalah keutamaan CityONE dan pekerja rakan-rakan restoran Nene Chicken, dalam insiden letupan akibat kebocoran gas yang berlaku, ketika menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian sebelum rantaian makanan segera itu dibuka secara rasminya hari ini.

“Ramai mereka sangat teruja, tetapi satu letupan telah mengubah segala-galanya,” ujar Long yang juga Pengarah Kenbest Sdn Bhd.

Selain mengurus CityONE, beliau juga merupakan francais bertauliah rantaian Nene Chicken di Sarawak.

Mengimbau detik cemas itu, Long berkata dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 3.30 petang semalam, menantunya berada di dapur Nene Chicken melecur 20 peratus manakala isterinya hanya cedera ringan.

Sementara itu anak lelaki Long, Jonathan yang ketika kejadian berada di dalam kedai, meminta maaf selepas bertindak agresif kepada orang ramai yang tular dalam media sosial.

“Ketika itu saya terkejut, segala-galanya runtuh di hadapan saya dan perkara pertama dalam fikiran saya ketika itu ialah kesalahan orang di dalam (kedai),” jelasnya.

Dalam kejadian itu, tiga maut dikenal pasti O Kui Lim, 49 dari Batu Kawa Tchee Kiam Jong, 24 (Stutong) dan Chin Hsien Loong, 29 dari Butterworth, Pulau Pinang.

Manakala 44 lagi cedera termasuk seorang pekerja binaan warganegara Indonesia berusia 29 tahun. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13153

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12622

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news