3 Lapangan Terbang Bakal Dibina Di Sarawak 0 6106

3 Lapangan Terbang Bakal Dibina Di Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg memaklumkan sebanyak tiga lagi lapangan terbang bakal dibina di Sarawak.

Menurut beliau, antara tiga lapangan terbang yang akan dibina adalah Lapangan Terbang Tunok, Lapangan Terbang Pauh dan Lapangan Terbang Lawas.

Tambah beliau lagi, kerajaan akan banyak memerlukan kemahiran kejuruteraan dan pembinaan bagi merealisasikan penubuhan lapangan terbang tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas Majlis Penutupan “Seminar on Road Technology and Technical Manpower in Sarawak” di Hotel Pullman, hari ini.

Dalam perkara lain, pelaksanaan bagi projek-projek pembinaan dan penambahbaikan jalan raya di Sarawak akan dikendalikan dibawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Berucap dalam majlis yang sama, menterinya, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing berkata, dua projek di bawah nama The Coastal Road Network dan The Second Trunk Road yang dijalankan pada tahun ini bertujuan untuk memudahkan pengguna-pengguna yang tinggal di kawasan pesisir pantai untuk bergerak dengan lebih lancar. – TV Sarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13141

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12513

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news