3 serangan udara Israel sasar kedudukan Palestin di Lubnan 0 5981

BEIRUT: Serangan udara Israel mengenai satu kedudukan tentera milik kumpulan Palestin di Lubnan berhampiran sempadan Syria awal hari ini, lapor akhbar tempatan Lubnan, An-Nahar.

Kedudukan itu milik Barisan Popular Kebebasan Umum Palestin, kata akhbar.

Serangan berlaku sehari selepas dua dron dikatakan tentera Lubnan dan kumpulan disokong Hizbullah, milik Israel, terhempas di kawasan pinggir selatan dikuasai kumpulan disokong Iran itu di sini, satu daripadanya meletup.

ADVERTISEMENT

USAHAWAN SEMUA DIALU-ALUKAN!
“Tiga serangan udara Israel menyasar sempadan Lubnan-Syria di timur Zahle,” kata An-Nahar.

Seorang pegawai dari kedudukan Palestin di bandar Lubnan di Qusaya berkata, tiga serangan itu menyebabkan hanya kerosakan material. An-Nahar berkata, serangan anti-pesawat dilancarkan dari kedudukan itu.

“Pesawat MK (dron) menyasar satu daripada tapak kami menggunakan tiga roket kecil. Tiada kecederaan hanya kerosakan material,” kata Abu Muhammad kepada An-Nahar. -Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news