Isu Zakir, kerajaan tak terikat desakan – Muhyiddin 0 5845

GOMBAK: Malaysia tidak akan tunduk dan terikat sebarang desakan untuk menghantar pulang pendakwah bebas, Dr Zakir Naik ke India.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, menegaskan biarpun ada desakan daripada pihak dalaman termasuk ahli Kabinet, namun keputusan berkaitan ekstradisi dan siasatan dihadapi Zakir ketika ini adalah dua topik berbeza.

Beliau berkata, Malaysia tidak memerlukan pengaruh dan campur tangan luar untuk mengadili siasatan yang sedang dijalankan pihak polis ke atas tokoh agama itu.

“Sebelum tindakan dan hukuman dibuat, seperti biasa siasatan terperinci mesti dilakukan supaya ada keadilan bukan sesuka hati.

“Bukan bila ada satu pihak suruh buat itu (hantar pulang), kita buat. Kita tidak akan terikat dengan tuntutan mana-mana pihak tapi atas dasar fakta dan maklumat yang ada itu yang kita gunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri seminar Antarabangsa Mengenai Nilai Agama Dalam Pencegahan Ekstremisme di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di sini, hari ini.

Turut hadir, Rektor UIA, Profesor Emiratus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Muhyiddin berkata, siasatan yang polis lakukan ketika ini adalah berkaitan kes dalam negara, membabitkan ucapan yang dibuat Zakir dalam ceramahnya sebelum ini.

“Kita sedar (ada desakan) sebab itu kita siasat walaupun kita hormat beliau sebagai seorang penceramah atau tokoh agama, tapi ada had dan batas kalau dia menyentuh hal dalam negara.

“Macam sekarang lah. (Ada) perasaan tidak puas hati, perasaan marah pihak tertentu. Kita sudah siasat, tindakan (terletak) kepada pihak berkuasa polis, pasal ada undang-undang yang akan mengawal beliau,” katanya.

Muhyiddin juga meminta semua pihak berlapang dada dan melihat secara khusus kes berkenaan.

“Jangan salah faham, ada kata masyarakat Islam nak pertahankan beliau (Zakir), betul.. sebab dia penceramah dan seorang tokoh agama, tapi kalau dia menyentuh hal tertentu macam sekarang kita tidak boleh biarkan, sebab itu tercetusnya keadaan tidak stabil, rasa tak puas hati disebabkan bahasa yang dikeluarkan.

“Adakah kita mahu berdiam diri. Mana kita tidak hormat dia, hormat…sama ada tiada warganegara dan PR (penduduk tetap) dia tidak boleh atasi undang-undang, itu sikap kita dalam menguruskan keselamatan negara,” katanya.

Ditanya perkembangan siasatan polis ke atas kes Zakir, Muhyiddin berkata belum mendapatkan laporan lengkap berkaitannya.

Beliau juga tidak melihat pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Zakir sebagai isu besar dan menjejaskan kedudukan partinya, memandangkan ramai pihak termasuk pemimpin pembangkang mengadakan pertemuan dengan Zakir sebelum ini. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13940

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news