4 wanita ditahan, guna aplikasi tawar khidmat seks 0 8032

BINTULU: Taktik empat wanita merangkumi tiga warga asing yang menawarkan khidmat seks dengan menggunakan aplikasi sosial untuk mencari pelanggan terbongkar selepas mereka diberkas dalam serbuan Op Noda di sebuah hotel di Jalan Tanjung Batu, di sini, pada malam kelmarin.

Dalam operasi selama dua jam bermula 8 malam, salah seorang daripada wanita warga asing sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat satu bagi mengelakkan diri daripada dicekup polis.

Dia bagaimanapun, berjaya ditangkap sebelum dihantar ke Hospital Bintulu menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, kesemua wanita disyaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun itu diberkas di dalam bilik berasingan.

“Hasil intipan pihak polis, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan beberapa aplikasi dalam talian bagi mempromosikan aktiviti (maksiat) ini,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Sabtu.

Menurut Zulkipli, hasil soal siasat turut mendapati kumpulan yang bergerak secara berkumpulan itu antara lain turut menggunakan aplikasi WeChat bagi mendapatkan pelanggan.

“Setelah mencapai kata persetujuan, pelanggan akan datang ke bilik hotel terbabit dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM230 bagi 45 minit perkhidmatan seks,” ujarnya.

Katanya, pasukan polis turut merampas empat unit telefon bimbit, kondom, pelincir, pasport dan wang tunai RM4,083, dipercayai hasil pelacuran.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tidak lebih satu tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Suspek warga asing turut disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news