Temasya sukan terbesar di Asia buka tirai di Indonesia 0 6715

Percikan bunga api menandakan bermulanya temasya Sukan Asia 2018 Palembang-Jakarta hari ini.

JAKARTA – Pertunjukan bunga api yang memukau menerangi bumi Jakarta bagi menyambut lebih 11,400 atlet terbaik di rantau ini selepas jurang masa 56 tahun, pada upacara pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Gelora Bung Karno di sini, malam ini.

Mengetuai perarakan masuk kontinjen Malaysia adalah pembawa Jalur Gemilang, Shakila Salni Jefry Krishnan dan diikuti 115 atlet dan pegawai, dengan disambut tepukan gemuruh 72,000 penonton yang memenuhi stadium.

Penyanyi terkenal Indonesia, Via Vallen kemudian menyanyikan lagu tema ‘Meraih Bintang’ sebelum upacara menaikkan bendera tuan rumah diberi nama ‘Paskibra’ merangkumi 70 orang, membentuk formasi khas 17-8-45 yang menandakan tarikh pengisytiharan Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia, Erick Thohir dan Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Fahad Al-Sabah, dalam ucapan masing-masing pada majlis gilang-gemilang itu turut berkongsi visi mereka terhadap masa depan sukan dan temasya Sukan Asia.

Presiden Indonesia Joko Widodo, kemudian mengisytiharkan temasya sukan berkenaan dibuka secara rasmi daripada “Box of Honour” sebelum bendera OCA dan bendera Sukan Asia dinaikkan.

Acara utama pada majlis berkenaan adalah pertunjukan kepelbagaian budaya Indonesia yang ditonjolkan melalui empat segmen – Air, Udara, Api dan Bumi.

Antara lain, ia meraikan keindahan dan keajaiban lautan biru yang menghubungkan rangkaian pulau di Indonesia; merangkumi kasih sayang dan dedikasi anak-anak
Indonesia terhadap alam semesta mencerminkan kebijaksanaan orang tua-tua Indonesia dahulu yang memiliki kemampuan luar biasa dan kebanggaan negara, dan juga menggambarkan keberanian dan semangat juang tinggi rakyat Indonesia.

Acara kemuncak upacara perasmian itu apabila bekas pemenang pingat emas acara badminton Sukan Olimpik Susi Susanti menyalakan obor temasya Sukan Asia dengan begitu memukau penonton.

Sebanyak 45 negara Asia bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu, dengan tema ‘Energy of Asia’ yang berlangsung dari 19 Ogos hingga 2 September.

Ini kali kedua Indonesia menjadi tuan rumah temasya sukan kedua terbesar dunia itu selepas edisi 1962 yang diadakan di Jakarta. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13445

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8135

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news