46,346 Orang Menerima Bantuan Sempena Hari Gawai Dan Aidilfitri Di Seluruh Sarawak 0 6169

SIMUNJAN: Seramai 46,346 penerima bantuan sempena Hari Gawai dan Aidilfitri menerima sumbangan masing-masing sempena sambutan kedua-dua perayaan yang diadakan pada awal Jun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata mereka ini menerima wang tunai dan hamper.

“Daripada jumlah itu, seramai 31,535 atau 56.22 peratus menerima bantuan sempena Hari Gawai manakala 14,811 atau 26.40 peratus menerima bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Mereka menerima wang tunai berjumlah RM100 dan hamper bernilai RM50.

“Penerima yang tidak dapat hadir, sumbangan ini akan dikreditkan ke akaun masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sejambak Kasih Gawai Raya dan Majlis Penyerahan Endowment Fund Bahagian Samarahan (Simunjan) di Dewan Mesra Simunjan, semalam.

Menurut beliau lagi, pada hari ini mereka yang menerima bantuan terdiri daripada penerima bantuan bulanan Kebajikan Masyarakat Sarawak

“Jumlah mereka yang menerima bantuan bulanan Kebajikan Masyarakat Sarawak di Bahagian Samarahan adalah seramai 3,917 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,177 penerima untuk Gawai dan 2,740 penerima untuk Aidilfitri,” tambahnya.

Dalam tempoh Januari hingga April 2019, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM67,314,880 untuk 56,096 orang penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak.

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching telah menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM11,836,950 untuk 9,588 orang penerima bantuan bulanan dari Januari hingga April 2019 khusus untuk Bahagian Kuching dan Samarahan.

Mengenai EFS, Dato Sri Fatimah menjelaskan pendaftaran tersebut boleh dibuat di 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.

“Sehingga 25 April 2019, terdapat 11,508 kelahiran telah dicatatkan di Sarawak.

“Dalam jumlah tersebut, seramai 10,317 orang atau 89.65 peratus merupakan anak Sarawak berstatus ‘K’. Bagaimanapun, hanya 5,070 orang atau 49.14 peratus yang berdaftar untuk EFS,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sekiranya kelahiran berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia, borang pendaftaran hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Sarawak.

Bagi kelahiran di luar negara, pendaftaran kelahiran perlu dibuat di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia bagi anak tersebut sebelum borang pendaftaran dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Sarawak.

Turut sama hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan YB Awla Dris, Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Joni Nuruddin, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Abang Norafian Abang Haji Ibrahim, Pengarah Cawangan Bank Islam Kota Samarahan Iswandy Shafiee, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Masyarakat. – UKAS

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news