Bella nekad teruskan hidup tanpa Aliff 0 6552

Susulan kontroversi berhubung gambar mirip suaminya bersama seorang wanita tular hari ini, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz nekad mengambil keputusan untuk hidup bersendirian.

Melalui perkongsian di akaun Instagram miliknya, Bella berkata, walaupun berat dugaan yang akan ditempuhnya, keputusan itu terpaksa direlakan.

“Saya mengambil kira banyak aspek termasuk mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan tanpa Aliff,” katanya.

Menurut pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu, dia juga bertindak demikian demi memperbaiki kehidupannya bersama satu-satunya anak mereka, Ayden Adrean, yang berusia hampir dua tahun.

“Dalam masa sama saya mahu memperbaiki kehidupan bersama anak,” tulisnya.

Terdahulu, satu imej memaparkan seorang lelaki mirip suaminya dengan tidak berbaju bersama seorang wanita berpakaian seksi mula tersebar di media sosial.

Turut tular, sebuah rakaman klip video live Instagram – juga didakwa memaparkan lelaki menyerupai Aliff – bersama wanita tersebut.

Sebelum ini, krisis rumah tangga Aliff mengundang perhatian ramai pada 2017 selepas dia didapati keluar berhibur dengan pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Pada Februari lalu, nama penyanyi lagu Cinta Dusta itu kembali hangat selepas isterinya membuat pendedahan melalui media sosial berhubung sikapnya yang dikatakan curang.

Pada ketika itu, Aliff didakwa berlaku curang dengan seorang lagi aktres, Octavia Manrose.

Meskipun dilanda kemelut, Bella, 24, tetap berterima kasih kepada pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kekuatan buatnya.

Pun begitu, Bella menyedari masih terdapat segelintir pihak menggelarnya sebagai seorang yang kurang bijak kerana cuba menyelamatkan bahtera perkahwinan yang kian runtuh.

Pada masa sama, Bella memohon agar semua pihak memberikannya ruang untuk mengharungi situasi tersebut dengan sebaiknya.

“Saya amat hargai jika orang ramai berhenti menghantar pesanan atau menghubungi untuk bertanyakan hal rumah tangga kami,” katanya.

Rata-rata pengikut Bella mendoakan agar Bella terus kuat mengharungi ujian lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13002

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12475

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news