5 lelaki geng curi motosikal berjaya dicekup polis di Kuching 0 6368

KUCHING: Risikan dan intipan segera yang dilakukan sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Tabuan Jaya dan Sekama pada Sabtu lalu, berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal yang dilaporkan di Taman Arbi, Jalan Setia Raja dekat sini, sehari sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tujuh anggota terlibat dalam serbuan sekitar jam 4 petang itu, yang kemudian berjaya mencekup tiga lelaki.

“Ketiga-tiga suspek ialah lelaki Melayu berusia 20 tahun dari Kampung Tabuan Hilir;  lelaki Melayu berusia 23 tahun dari Kampung Pinang Jawa; dan lelaki Iban berusia 33 tahun dari Taman Mawar, Kampung Gita.

“Dengan penangkapan suspek, kita percaya kes curi motosikal jenama Yamaha Ego ini selesai.

“Kita bahkan turut merampas beberapa komponan motosikal tersebut,” tambahnya lagi.

Dan kes yang berlainan, pegawai dan anggota kedua-dua balai ini sekali lagi bekerjasama melakukan intipan di Kampung Tabuan Hilir, sebelum memberkas dua suspek curi motosikal yang sebelum ini dilaporkan hilang pada 18 Disember lalu.

“Suspek pertama ialah lelaki Melayu berumur 36 tahun dari Kampung Tabuan Melayu manakala suspek kedua, lelaki Melayu berusia 35 tahun dari Kampung Tabuan Hilir.

“Pasukan turut menjumpai semula sebuah motosikal curi jenis Honda berwarna biru.

Kedua-dua kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15315

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8406

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news