5 lelaki tidak mengaku rogol budak 12 tahun 0 5480

5 lelaki tidak mengaku rogol budak 12 tahun

KUALA TERENGGANU: Lima lelaki termasuk dua remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol budak perempuan berusia 12 tahun.

Tertuduh, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 21; Muhammad Ghadafi Abdullah, 20; dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 23, serta dua remaja berusia 16 dan 17 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa secara berkumpulan di ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun antara jam 9 malam hingga 11 malam pada 29 September lalu.

Bagi kesalahan itu, setiap tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan dengan alasan kes itu membabitkan mangsa yang masih kanak-kanak sehingga dia mengalami tekanan dan trauma sehingga tidak mahu ke sekolah.

Selain itu, pihak pendakwaan memberi alasan jaminan tidak ditawarkan demi keselamatan mangsa kerana keluarganya membuat aduan mereka diganggu dan diugut keluarga tertuduh selepas kejadian berkenaan selain kes itu sudah menjadi tular di laman sosial.

Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan rayuan semua tertuduh, mahkamah membenarkan setiap mereka diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, kedua-dua remaja berkenaan diarahkan dihantar ke Asrama Rusila Marang sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa, keluarga dan saksi selain perlu melaporkan diri pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan di Balai Polis Ketengah Jaya sepanjang prosiding berlangsung.

Mahkamah seterusnya menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala dua remaja serta tertuduh, Mohd Ghadafi diwakili peguam, Nik Mohd Radhia Nik Mohd Abd Ghani daripada Tetuan Alda Shukri Khairi@ Associate.

Seorang lagi tertuduh, Ahmad Syah Herfudin diwakili peguam, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

BH sebelum ini melaporkan lima lelaki ditahan kerana disyaki merogol murid tahun enam.

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa ditahan dua suspek dengan seorang daripadanya dikenali dan kemudian mengajaknya ke ladang sawit sebelum dirogol.

Tiga lagi suspek yang tiba di lokasi kejadian turut merogol mangsa. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12934

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news