2 lelaki didenda RM4,000 tawar khidmat seks 0 5689

2 lelaki didenda RM4,000 tawar khidmat seks

KANGAR: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini, atas kesalahan menawarkan khidmat seks kepada dua lelaki di sebuah hotel di sini, pada 19 Oktober lalu.

Tertuduh, Jamil Karim, 30, dan Mahmud Mading, 36, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kedua-dua mereka didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan di dua bilik berasingan di sebuah hotel pada jam 11 malam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying, manakala kedua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Diyana Ab Shukor dan Wan Nursyaheedah Wan Najmi.

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh didenda RM4,000 setiap seorang dan jika gagal membayarnya mereka akan dipenjarakan selama lapan bulan.

Kedua-dua tertuduh kemudian membayar denda berkenaan. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news