50,521 orang Sarawak terima manfaat 0 5334

50,521 orang Sarawak terima manfaat

KUCHING: Sejumlah 50,521 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menerima manfaat daripada kenaikan kadar bantuan oleh Kerajaan Malaysia.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, penerima bantuan bulanan JKM Sarawak merangkumi 7,532 OKU tidak berupaya bekerja, warga emas (19,639), pesakit kronik terlantar (1,787), pekerja OKU (3,188) dan kanak-kanak (7,927).

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas kenaikan kadar bantuan kepada penerima bantuan bulanan JKM.

“Selain itu, semasa lawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Sarawak baru-baru ini, saya telah menyuarakan keperluan untuk meningkatkan elaun penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

“Syukur kerana elaun itu meningkat untuk petugas daripada RM800 kepada RM1,200, manakala penyelia daripada RM1,200 kepada RM1,500,” katanya kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kenaikan kadar pelbagai kategori bantuan JKM oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Khamis.

Dalam pengumuman semalam, Tengku Zafrul mengumumkan empat kategori penerima bantuan bulanan JKM yang dinaikkan iaitu OKU tidak berupaya bekerja akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300, kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

Sementara itu, kadar elaun pekerja OKU juga dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 dan bantuan kanakkanak keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 ringgit seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga. – Suara Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news