58 orang ditangkap polis kerana terlibat dalam perjudian haram di Sarawak 0 5603

KUCHING – Operasi membanteras kegiatan perjudian haram terus diperhebatkan di Sarawak apabila seramai 58 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti itu diberkas sepanjang minggu lalu.

Kesemua individu berusia antara 17 hingga 58 tahun tersebut ditahan menerusi 30 serbuan berasingan yang dilakukan mulai 16 hingga 22 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan yang dilakukan itu melibatkan 27 premis menjual loteri tidak berlesen, gelanggang sabung ayam (dua) dan pusat judi siber (satu).

Menurutnya, menerusi serbuan di premis-premis menjual loteri haram, polis berjaya menahan 29 individu dan merampas wang tunai berjumlah RM7,820 serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan jenayah itu.

“Serbuan dua gelanggang sabung ayam di Padawan dan Miri pula berjaya menangkap 28 individu selain tiga ekor ayam sabung yang masih hidup, manakala dua ekor lagi sudah mati.

“Kesemua individu termasuk seorang warga Filipina yang dicekup itu terdiri daripada 41 lelaki, manakala selebihnya wanita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13535

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news