6 terbunuh, 200 cedera rusuhan di Jakarta 0 6475

SATU rusuhan berlaku di ibu negara Indonesia, Jakarta pada pagi Rabu mengakibatkan enam maut setakat ini.

Datuk Bandar Jakarta, Anies Baswedan berkata, seramai enam orang terkorban setakat pukul 9 pagi.

“Enam orang maut setakat ini. Dua di Hospital Tarakan dan selebihnya di hospital Pelni, Budi Kemulyaan, Cipto Mangunkusumo dan RSAL Mintoharjo,” katanya.

“Secara keseluruhan, enam maut dan 200 mengalami kecederaan setakat 9 pagi,” tambahnya.

Dalam kenyataannya, Anies memberitahu beliau telah pergi ke Hospital Tarakan di Jakarta Pusat untuk memeriksa penunjuk perasaan yang cedera.

“Hospital Tarakan menerima bilangan pesakit terbesar pada pagi ini. Kira-kira 80 penunjuk perasaan yang cedera dibawa pada pagi ini.

“Sementara itu, kira-kira 70 penunjuk perasaan yang cedera dimasukkan ke Hospital Pelni di Jakarta Barat,” katanya.

Anies menyeru penunjuk perasaan supaya memelihara ketenteraman awam dan keselamatan bagi mengelakkan lebih banyak kematian dan kecederaan.

“Sila protes dengan cara yang damai dan teratur. Saya juga menggesa anggota penguatkuasa undang-undang untuk mengendalikan sekatan bagi mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini dengan penunjuk perasaan,” katanya. – The Jakarta Post / Asia News Network

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13951

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news