60,000 penyokong bengang Ronaldo tak main 0 6129

SEOUL: Juventus terikat 3-3 pada aksi menentang pasukan All-Star Liga Korea namun 60,000 penyokong yang hadir begitu kecewa selepas Cristiano Ronaldo tidak diturunkan pada perlawanan terbabit.

Ronaldo kekal di bangku simpanan sepanjang perlawanan itu dan tidak mengendahkan permintaan penyokong yang mahu melihat penyerang itu beraksi.

Difahamkan, bintang Portugal tidak dapat beraksi memandangkan pasukan Itali itu tiba di Korea Selatan pada sebelah petang selepas penerbangan dari Nanjing mengalami kelewatan dan perlawanan dijadual berlangsung lima jam selepas mereka tiba di negara itu.

Cristiano Ronaldo (tengah) berada dibangku simpanan. – Foto AFP

Perlawanan itu bagaimanapun ditangguhkan selama sejam dan pemain tengah Sepanyol, Osmar Barba yang beraksi bersama Seoul FC meletakkan pasukan All-Star terlebih dahulu di hadapan dengan gol pembukaan.

Simone Muratore kemudiannya mengikat kedudukan buat juara Itali itu, namun penyerang Daegu FC, Cesinha meledak gol kedua pada minit ke-44 sebelum penyerang Suwon Bluewings, Adam Taggart melebarkan jurang pada minit ke-49.

Pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi merapatkan jurang pada minit ke-77 sebelum Matheus Pereira menyumbat gol penyamaan dua minit berselang. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7794

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5409

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news