Beritahu jika ada ijazah tak diiktiraf kerajaan 0 5749

ISTANBUL: Kerajaan sedia menyiasat dan menilai semula akreditasi status ijazah di universiti sesetengah negara jika benar ia tidak diiktiraf di Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pelajar perlu memberitahu apakah betul ijazahnya itu tidak mendapat pengiktirafan.

“Kita perlu bagi tahu kepada kerajaan supaya kita boleh hantar pasukan yang akan menilai status ijazah yang dikeluarkan oleh universiti berkenaan.

“Biasanya kita mempunyai satu badan penilaian untuk tentukan sama ada universiti itu sudah sampai tahap yang ijazah mereka boleh diterima oleh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal-jawab bersama diaspora Malaysia di Turki pada majlis jamuan bersama Perdana Menteri di sini malam ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bertindak sebagai moderator pada majlis itu.

Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Liking.

Dr Mahathir yakin ijazah beberapa universiti di Turki diiktiraf kerajaan Malaysia kerana ramai ibu bapa menghantar anak belajar di sini.

Menjawab soalan lain, beliau berkata ilmu pengetahuan amat penting supaya negara tidak selamanya bergantung kepada kepakaran orang lain. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news