Pandelela ‘cuti’ hingga hujung tahun 0 6109

KUALA LUMPUR: Susulan kecederaan belakang pada Sukan Asia di Jakarta Ogos lalu, penerjun negara Pandelela Rinong Pamg menjelaskan keadaan dirinya semakin pulih namun tidak akan menyertai sebarang kejohanan pada baki tahun ini.

“Jika diikutkan sekarang kecederaan saya semakin baik dan tidak ada masalah jika saya mahu sertai kejohanan pada tahun depan.

“Bagi saya untuk tahun ini sasaran saya semua sudah diperoleh dan kini akan bersedia bagi memperbaiki prestasi pada tahun depan,” katanya.

Di Jakarta, Olahragawati Kebangsaan 2015 itu menarik diri dalam acara 10 meter platform seirama wanita dan selepas itu terpaksa menarik diri sekali lagi ketika final 10m platform individu wanita biarpun sudah melepasi pusingan kelayakan.

Pandelela, 25, berkata dia juga tidak akan menyertai tiga lagi siri Grand Prix Terjun FINA yang akan berlangsung bulan depan.

GP Terjun akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 9-11 November ini sebelum saingan diteruskan di Gold Coast, Australia (15-18) dan berakhir di Singapura (23-25).

Saingan tahun depan akan bermula dengan GP Terjun pertama akan berlangsung pada Februari dan Siri Terjun Dunia pula akan bermula pada Mac.

Siri Terjun Dunia pada April lalu menyaksikan Pandelela yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong merangkul pingat emas buat negara untuk julung kalinya dan gandingan itu turut menghadiahkan emas di Sukan Komanwel Gold Coast – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news