Lebih ramai akan didakwa – Dr Mahathir 0 5870

BANGKOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih ramai individu akan menghadapi pertuduhan bagi kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Bercakap mengenai tuduhan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, beliau berkata akan ada ramai lagi menyusul.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah tuduhan terhadap beberapa individu tetapi ada ramai lagi. Bagaimanapun, kita tidak boleh menghadapkan kesemua mereka di mahkamah secara sekali gus.

“Kita perlu lakukannya satu persatu dan yang paling serius adalah bekas Perdana Menteri (Najib),” katanya.

Tambah Dr Mahathir, Malaysia merana hampir sembilan tahun di bawah pentadbiran BN kerana kerajaan terdahulu nampaknya tidak mempedulikan rakyat.

“Ia (kerajaan terdahulu) melakukan banyak kesalahan dan apabila anda melanggar undang-undang, maka anda perlu menghadapi akibatnya,” katanya.

Tambah beliau, ia adalah antara tindakan yang dilakukan kerajaan sekarang bagi menyelesaikan isu yang berpunca daripada kerajaan BN terdahulu. Perdana Menteri berkata demikian ketika perjumpaan dengan Dewan Perdagangan Malaysia-Thailand (MTCC) di sini, hari ini.

Mohd Irwan dan Najib secara bersama dituduh melakukan pecah amanah membabitkan RM1.2 bilion, RM655 juta, RM220 juta, RM1.3 bilion, RMB1.95 bilion (RM1.261 bilion) and RM2 bilion. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13051

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news