Kapal tenggelam di Kuala Sungai Rajang, lapan kru selamat 0 7591

SIBU: Seramai lapan anak kapal berjaya menyelamatkan diri ke dalam rakit keselamatan selepas kapal Bahagia Maju karam kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Rajang di sini hari ini.

Mangsa-mangsa merangkumi dua warga tempatan, empat warga India, seorang warga Mynmar dan seorang warga Indonesia.

Mereka ialah Zaw Min Tun (Myanmar), Vikram Chand (India), Ting Tiew Hing (Malaysia), Rambau Landa (India), Tokito Khuwoto Chishi (India), Suprayoga (Indonesia), Atchuta Rao Chepra (India) dan Wong Sie Soon (Malaysia)

Menurut Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan, usaha gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan susulan menerima panggilan kecemasan sekitar 9.30 pagi daripada anak kapal yang turut memberikan kordinat lokasi semasa mereka.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan dan dibawa ke jeti terdekat di Kampung Kabong dan seterusnya akan dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

“KM Semilang akan bergerak ke lokasi kapal karam untuk melaksanakan pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jarak kapal APMM, KM Semilang ke lokasi mangsa
Katanya, turut bergerak ke lokasi adalah bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan bot nelayan.

“Dua bot bomba yang dalam perjalanan ke lokasi kejadian terpaksa berpatah balik disebabkan keadaan laut bergelora.

Operasi itu turut dibantu oleh polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news