Lelaki maut dibaham buaya ketika mencari ketam di Sungai Niah 0 7862

Miri: Seorang lelaki maut setelah dibaham buaya ketika mencari ketam di Sungai Niah semalam.

Menurut info awal,mangsa yang dikenali sebagai Muhd Tahir Majid Syam, 40 tahun pergi mencari ketam bersama anak saudaranya yang dikenali sebagai Muhammad Arfian Putra Effendy, 24 tahun.

Kedua-duanya dikatakan berpecah ke muara sungai untuk mencari ketam sekitar jam 1 petang semalam. Namun Muhd Tahir telah dilihat oleh anak saudaranya terkapai-kapai dan terus tengelam di dasar sungai.

Setakat ini mayat mangsa telah ditemui sekitar jam 6 pagi tadi oleh penduduk kampung dan terus dihantar ke hospital untuk di bedah siasat.

Hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati terdapat kesan gigitan buaya pada tubuh mangsa dan Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news