Individu ada tatu, lambang kongsi gelap boleh ditahan 0 7709

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang mempunyai tatu atau lambang kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram adalah salah dan boleh ditahan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa.

Beliau menjelaskan, sebanyak 72 kumpulan kongsi gelap sudah diwartakan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2013 di bawah Akta Pertubuhan 1966 kerana menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini.

Katanya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan masih cergas adalah Sio Sam Ong, Ngo Sek Kee, Geng 360, Geng Double 7, Geng 3 Line dan Geng 36.

“Buat masa ini, penggunaan tatu bercorak kongsi gelap yang diwartakan haram dikesan berkurangan, namun identiti mereka (anggota kongsi gelap) ini juga dapat dikesan melalui pelekat dan kain rentang tertentu.

“Selain itu, identiti kumpulan kongsi gelap akan jelas dikesan ketika upacara pengebumian atau keramaian,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mereka yang memiliki lambang atau tatu kumpulan kongsi gelap akan didakwa mengikut Akta Pertubuhan 1966, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Sementara itu, Rohaimi berkata seramai 369 anggota kongsi gelap sudah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dalam tempoh lima tahun bermula 2014.

“Pelaksanaan Ops Cantas Khas dengan menggunakan POCA dan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2002 memberi kesan yang positif kepada usaha membanteras kegiatan kongsi gelap,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan proaktif pemaju dengan menempatkan pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup di tapak projek di kawasan bandar menyebabkan kumpulan kongsi gelap beralih melakukan pemerasan di kawasan pinggir bandar.

“Pendekatan positif yang diambil oleh pemaju perumahan membuatkan peluang kumpulan kongsi gelap untuk mengaut keuntungan di dalam kawasan bandar adalah sangat tipis,” katanya mengulas faktor kongsi gelap beralih melakukan pemerasan di kawasan pinggir bandar.

Sehubungan itu, Rohaimi meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan pemerasan oleh kumpulan kongsi gelap melalui talian hotline yang diwujudkan di seluruh negara dan memberi jaminan maklumat pemberi maklumat akan dirahsiakan. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13915

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13073

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news