Kes penipuan kerja: Beberapa lagi suspek diburu 0 6717

KUCHING: Polis sudah mengenal pasti dan sedang memburu beberapa lagi suspek kes penipuan pekerjaan yang mengakibatkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja, Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata kes penipuan itu dipercayai membabitkan rangkaian sindiket yang menawarkan pekerjaan kepada mangsa.

“Polis masih mengumpul maklumat lanjut dan penahanan suspek pertama mungkin akan membantu siasatan ini.

“Buat masa ini, apa yang saya boleh katakan ialah suspek pertama tidak melakukan kerja itu bersendirian,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama kes itu direman empat hari bermula hari ini, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

“Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kuching, Dora Undau, terhadap suspek hingga 28 Februari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan,” katanya.

Polis Sarawak semalam membuat tangkapan pertama berhubung kes itu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak selepas memberikan keterangan kira-kira jam 3 petang.

Mustafa Kamal Gani dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan hingga kini, seramai 23 individu membabitkan 18 lelaki dan lima wanita sudah tampil membuat laporan berhubung kes berkenaan.

Seramai 47 rakyat Malaysia dengan 40 daripadanya berasal dari Sarawak, selamat tiba di tanah air, baru-baru ini, selepas ditahan selama 65 hari di Penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja.

Mereka ditahan polis Kemboja dalam serbuan pada 11 Disember di dua rumah mewah di Siem Reap yang menjadi tempat kurungan mereka sejak November tahun lalu.

Semua rakyat Malaysia ditahan berusia antara 19 hingga 44 tahun itu dipercayai diperdaya taktik licik sindiket yang menjadikan keluarga miskin di luar bandar sebagai sasaran utama. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news