Siasat, bukan nafikan- Baru Bian 0 5964

MIRI: Menteri Kerja Raya yang juga Ketua PKR Sarawak, Baru Bian berkata wakil rakyat atau menteri di peringkat Kerajaan Negeri, seharusnya menyiasat perkara dan masalah yang berlaku terutama isu-isu yang sudah ‘terang’ diperkatakan dan bukan menafikannya.

Merujuk kepada kes pencerobohan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Mulu, yang didakwa berlaku kejadian seumpama itu, oleh penduduk kampung, bagaimanapun dinafikan oleh beberapa pihak, termasuk salah seorang menteri muda di kabinet negeri, baru-baru ini.

“Jika ada kes seumpama itu berlaku, perkara terbaik yang harus dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di peringkat kerajaan negeri, ialah jangan menafikannya sebalik saya mencadangkan mereka supaya menyiasat perkara tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, petang semalam.

Ini kerana melalui siasatan mendalam, kerajaan (negeri) mungkin akan mengetahui punca sebenar yang berlaku atau perkara sebenar dan bukan hanya mendengar daripada sebelah pihak atau satu pihak sahaja.

“Selepas siasatan yang dibuat, kalau mereka mahu bawa isu tersebut ke mahkamah, terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.

“Tetapi paling penting ialah, apa pun juga aduannya kita perlu siasat terlebih dahulu, kerana isu ini masih belum dimuktamadkan di mahkamah lagi,” tambahnya.

Sehubungan itu beliau juga berharap pihak kerajaan perlu sabar untuk menangani kes-kes seumpama itu dan menyiasat aduan ke atas isu berkenaan.

Menurut Baru Bian lagi, beliau sendiri sudah dimaklumkan mengenai tuntutan oleh penduduk di Mulu, terdiri dari kaum Berawan dan penduduk asal di sana, malah pernah mengambil beberapa kes mengenai perkara berkaitan.

“Difahamkan isu ini masih didebatkan dan dibicarakan di mahkamah dan isu ini juga akan dibicarakan lagi, pada 17 Mac ini kerana firma saya juga turut terlibat.

“Saya berharap perbicaraan seterusnya akan memutuskan keraguan dan pertelingkahan mengenai kes berkenaan (pencerobohan tanah NCR di Mulu) kerana firma saya juga turut terlibat,” ujar beliau lagi.  – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news