KUALA LUMPUR: Bekas bintang Liverpool Fernando Morientes yakin peluang masih terbuka luas buat skuad The Reds untuk menamatkan penantian 29 tahun menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Malah, dia yang pernah beraksi bersama Liverpool pada musim 2005-2006 percaya dengan kualiti pemain yang ada, skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga mampu mencabar kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.
“Mungkin tahun ini musim terbaik Liverpool, mereka bermula dengan sangat cemerlang. Manchester City juga pasukan terbaik dan memiliki barisan pemain bintang, tetapi Liverpool tetap ada peluang,” katanya ketika ditemui di Bukit Jalil, hari ini.
“Mereka (Liverpool) boleh menang trofi Liga Perdana Inggeris, begitu juga trofi Liga Juara-Juara. Musim lalu mereka berjaya ke final berdepan Real Madrid dan musim ini mereka memiliki barisan pemain lebih mantap. Saya fikir mereka boleh lakukan.”
Liverpool kini berada di kedudukan kedua liga dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City selepas 29 perlawanan.
Ketika ditanya adakah Manchester City akan kehilangan mata dalam baki perlawanan akan datang, Morientes berkata: “Saya harap begitu – BH Online