Masjid terapung pesona terbaharu di Kuching 0 7767

KUCHING: Masjid Terapung, yang terletak di tebing Sungai Sarawak, menjadi tarikan terbaharu di bandar raya ini selepas Jambatan Darul Hana.

Masjid yang bernilai RM21 juta itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac lalu.

Mampu menampung 1,600 jemaah pada satu-satu masa, selain mempunyai reka bentuk yang menarik, ia menjadi simbol keagungan syiar Islam di sini.

Di sebelah malam pula, Masjid Terapung yang dibina di atas tapak warisan jalan Kuching itu akan diterangi dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) pelbagai warna bagi menaikkan lagi seri dan suasana di tebingan sungai itu.

Penduduk setempat, Nur Apriyani Abdul Razak, 18, berkata beliau terpesona dengan keindahan seni bina masjid itu sekali gus menjadi mercu tanda terbaharu umat Islam di Sarawak.

“Kemudahan tempat untuk berwuduk juga selesa, disediakan di luar dan dalam. Selain itu, kita berasa amat selamat ketika beribadah kerana masjid berkenaan turut disediakan dengan pengawal keselamatan,” katanya.

Sementara itu, pengunjung dari Selangor, Hafizul Hakimi, 26, berkata beliau tidak menjangka tebingan Sungai Sarawak turut mempunyai Masjid Terapung seperti di Melaka dan Terengganu.

“Sebelum ini, saya hanya tahu mengenai jambatan Darul Hana. Sekali berkunjung ke sini rupa-rupanya ada satu lagi mercu tanda terbaharu di Bumi Kenyalang ini.

“Panaromanya sungguh indah, apabila menyusuri tebingan sungai ini dengan Sarawak River Cruise pada waktu senja,” katanya.

Masjid yang memiliki ciri rekaan dan binaan Timur Tengah, itu turut terbuka kepada orang awam yang bukan beragama Islam bagi memberi peluang melihat sendiri rekaan dalamannya.

Ketika berucap pada majlis perasmian Masjid Terapung itu baru-baru ini, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata pembinaan masjid itu hasil cetusan idea dari Abdul Taib, selari dengan usaha untuk memperindahkan kawasan tebingan Sungai Sarawak.

“Kami menjangka kerja menaik taraf kawasan tebingan ini, yang bermula dari Kampung Sungai Bedil hingga ke Kampung Tanjung, siap dalam tempoh dua tahun dan seterusnya memenuhi aspirasi menjadikan Kuching sebagai bandar raya cantik, bersih dan selamat.

“Kedudukannya yang strategik serta bersebelahan Kuching Waterfront telah mengubah landskap setempat, sekali gus berpotensi menjadikannya sebagai ikon terbaharu,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news