Suspek kes samun kedai 24 jam berjaya dicekup 0 6332

KUCHING: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditangkap berhubung kes samun sebuah kedai 24 jam di Jalan Rock di sini yang dilaporkan berlaku pada 9 Februari lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintenden Ismail Mahmood berkata, suspek ditangkap di sebuah rumah di Jalan Haji Baki-Semaba di sini malam kelmarin dan kini direman untuk siasatan lanjut.

“Dalam kejadian samun awal pagi tersebut, suspek memasuki kedai dan berpura-pura sebagai pelanggan dan bertindak mengancam penjaga kedai dengan menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri bersama wang tunai sebanyak RM350.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Kuching hari ini (semalam) untuk permohonan reman dan semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dalam kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching juga berjaya menangkap tiga suspek termasuk seorang wanita disyaki terbabit empat kes curi yang dilaporkan belaku di sekitar bandar raya ini dan Padawan.

Menurut Ismail, ketiga-tiga suspek ditangkap hasil risikan dan maklumat awam susulan kes terbaharu yang dilaporkan pada awal bulan ini di Padungan.

Kesemua suspek dikatakan berusia lingkungan 30 hingga 40-an dan turut dirampas ialah sebuah kereta yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah.

“Dalam kejadian di Padungan, suspek dipercayai melarikan dua unit telefon bimbit tanpa membuat bayaran dan suspek dilihat beredar dengan menaiki sebuah kereta berwarna gelap.

“Hasil risikan polis dan maklumat awam membawa kepada penangkapan ketiga-tiga suspek pada 13 Mac lalu,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

“Siasatan awal juga mendapati suspek pernah ditangkap atas beberapa kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah,” katanya – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13175

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12638

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news