Dua adik beradik diikat oleh perompak 0 6090

KUCHING: Dua beradik diikat sekumpulan empat lelaki dipercayai warga tempatan yang bersenjatakan parang dalam kejadian rompakan di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata, kejadian dilaporkan berlaku di rumah keluarga kedua-dua mangsa di Jalan Datuk Stephen Yong di sini sekitar jam 3.30 pagi.

Menurutnya, kumpulan terbabit yang bertopeng dipercayai memasuki rumah tersebut melalui pintu dapur.

“Semasa kedua-dua mangsa sedang tidur, mereka dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki yang tidak dikenali tetapi dipercayai warga tempatan berdasarkan dialek percakapan mereka.

“Adik-beradik berusia 22 dan 23 tahun itu dikumpulkan dalam satu bilik dan kemudian diikat menggunakan kabel elektrik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, kumpulan suspek kemudian bertindak menggeledah rumah tersebut sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) milik keluarga terbabit.

“Selain kereta, suspek turut dikatakan melarikan barang kemas, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai,” katanya.

Difahamkan, ibu bapa kedua-dua pemuda terbabit tiada di rumah semasa kejadian.

Siasatan awal mengesyaki kesemua suspek menunggang dua motosikal semasa melakukan rompakan tersebut.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak turut membantu siasatan di tempat kejadian dan beberapa barang kes telah diambil untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, gerakan sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap kumpulan penjenayah yang terlibat,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13132

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12505

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news