Pakar akademik cipta komputer AI, mampu ramal kematian manusia dengan ketepatan 95 peratus 0 5751

KAJIAN Universiti Nottingham yang menggunakan Artificial Intelligence (AI) untuk membuat ramalan kematian sebelum waktunya diharap dapat menyelamatkan nyawa manusia.

Ujar pihak terlibat, kajian itu boleh digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan pada masa akan datang dan mencegah kematian pada usia muda disebabkan penyakit kronik seperti kanser.

IKLAN
Penyelidikan yang diterbitkan dalam PLOS One itu mendakwa komputer pintar terbaharu itu jauh lebih baik dalam membuat ramalan berbanding model yang direka oleh pakar perubatan sebelum ini.

Menerusi teknologi ini, mereka membuat ramalan berdasarkan gaya hiudp yang memberi kesan kepada kematian awal, manakala kaedah sebelum ini hanya membuat perhitungan berdasarkan fakta asas seperti usia dan jantina.

Algoritma pintar teknologi itu menilai data kesihatan lebih setengah juta individu di United Kingdom (UK) yang berusia 40 hingga 69 tahun selama beberapa tahun.

Lebih 14,000 individu dalam kajian itu meninggal dunia sewaktu tempoh penyelidikan antara 2006 hingga 2010.

Hasilnya, mereka mendapati teknologi itu mampu membuat ramalan tepat sehingga 95 peratus.

“Kami membuat pemetaan ramalan yang dihasilkan daripada data kematian kohort, menggunakan rekod kematian Statistik Perangkaan Negara, pendaftaran kanser UK dan statistik episod hospital,” kata pengarang utama kajian itu, Dr Stephen Weng.

“Kami mendapati algoritma mesin ini lehih tepat dalam meramalkan kematian berbanding model rawatan piawai yang dibangunkan oleh pakar manusia,” katanya lagi. – Daily Star.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news