KUCHING: Seorang remaja perempuan ditangkap pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) selepas dikatakan memuat naik status di Facebook yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W semalam.
Menurut sumber, suspek berusia 18 tahun dari Kampung Sungai Midin itu ditangkap sekitar pukul 11.10 malam selepas laporan dibuat terhadapnya.
Suspek kini masih ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001. – Utusan Borneo Online