Insiden pergaduhan guna tong gas bukan berlaku kawasan Bazar Aidilfitri Satok 0 6407

KUCHING: Kes pergaduhan malam sebelum Hari Raya Aidilfitri yang tular di media sosial bukan berlaku di kawasan Bazar Aidilfitri Satok yang dikendalikan Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB).

Berdasarkan penelitian kami, ia berlaku di kawasan parkir kereta membabitkan peniaga kaki lima kanopi biru.

Sehubungan itu, peniaga di kaki lima bukan di bawah kendalian KUBSB dan insiden terbabit tiada kaitan langsung dengan KUBSB.

Kami amat terkilan dengan insiden pergaduhan malam tersebut yang menjadi tular warganet kerana ia menjejaskan nama penganjur.

Kami menyarankan supaya pemantauan lebih ketat peniaga di kawasan parkir pada masa akan datang
kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti Bazar Aidilfitri Satok.

Semua peniaga Bazar Aidilfitri Satok telah memberi komitmen tinggi dengan tidak melanggar syarat ketat dikeluarkan penganjur termasuk menjual barang terlarang seperti mercun dan sebagainya.

Bazar Aidilfitri berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung selama 18 hari berlangsung pada tahun ini.

Bazar Aidilfitri dianjurkan lebih 10 tahun oleh KUBSB.

Terima kasih kepada ribuan pengunjung yang memberi sokongan kepada peniaga tempatan sepanjang aktiviti jualan Bazar Aidilfitri berlangsung.

Kami mengakui
Bazar Aidilfitri Satok antara bazar yang paling popular di Sarawak tidak hairan ia antara bazar yang ditunggu-tunggu masyarakat bukan sahaja dari Kuching tetapi dari luar termasuk Lawas dan Semenanjung.

Bazar ini bukan sahaja membantu usahawan tempatan tetapi telah berjaya menarik pelancong tempatan dari Semenanjung Malaysia serta luar negara.

KUBSB tidak teragak-agak mengambil tindakan keras terhadap pihak tidak bertanggungjawab dalam memburukkan nama KUBSB dengan mengaitkan insiden pergaduhan tersebut.

KUBSB mencadangkan balai polis bergerak di tempat kaki lima atau parkir bagi mengawal kehadiran ribuan pengunjung pada masa akan datang.

Terima kasih kepada DBKU dan kerajaan negeri kerana memberi kelulusan dan sokongan penganjuran Bazar Aidilfitri Satok.

Kami mengakui sekiranya ada kekurangan yang ada kami akan berusaha mengatasi pada masa akan datang supaya tidak berulang kembali.

Sehubungan itu, kami berharap mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak berkuasa terutama polis bagi memastikan keselamatan pengunjung sempena berlangsung Bazar Aidilfitri pada masa akan datang.

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak kepada semua rakyat Sarawak.

Pengerusi KUBSB
Razemi Sarbini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news