S4S berhasrat tubuh pertubuhan dan parti politik perjuang rakyat, Sarawak 0 5886

KUCHING: Gerakan Sarawak For Sarawakians (S4S) berhasrat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan dan parti politik untuk memperjuangkan hak rakyat dan Sarawak.

Sehubungan itu, jurucakap S4S Erick Chin berkata pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Sarawak Georgina Aphhia Ngau di pejabatnya semalam untuk mendapat pandangan dan nasihat mengenai perkara itu.

“Menerusi pertemuan selama setengah jam tadi (semalam), kami memang menyatakan hasrat mahu mendaftarkan parti di bawah nama S4S atau Saraxeit dan oleh sebab itu, kami meminta nasihat beliau,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat ROS Sarawak di sini, semalam.

Bagaimanapun, Erick memberitahu pihaknya dimaklumkan untuk tujuan pendaftaran bagi parti politik, ROS Sarawak tidak mempunyai hak untuk melaksanakannya kerana ia adalah di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat ROS di ibu negara.

Pada masa yang sama katanya, gerakan tersebut juga mahu mendaftarkan sebuah pertubuhan di bawah nama S4S.

“Sepertimana yang telah dinasihati Georgina, nama berke-naan adalah nama slogan yang telah kita gunakan sejak 2015.

“Justeru, beliau meminta kita menukar nama pertubuhan dan bukan menggunakan nama asal S4S. Beliau memberi idea untuk mengguna-kan nama seperti ‘Pencinta Sarawak’ untuk membuatkan ia berbunyi lebih mesra.

“Perkara ini akan kita bin-cangkan dan ia akan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum pihak kami membuat keputusan bagi pertemuan susulan dengan Georgina.

“Dengan adanya sebuah pertubuhan nanti, sebarang pro-gram dan aktiviti, akan lebih tersusun dan teratur,” tegasnya.

Menurut Erick, parti yang akan ditubuhkan pihaknya adalah untuk memperjuangkan hak Sarawak dikembali-kan secepat mungkin.

Rakyat Sarawak ujarnya, tidak mampu menunggu lebih lama lagi dan sememangnya pihaknya akan bekerjasama dengan parti tempatan di sini bagi tujuan tersebut.

“Kita telah dilayan dengan tidak adil selama 56 tahun, dan tidak berasakan parti Pakatan Harapan (PH) dan parti terdahulu melihat masa depan Sarawak.

“Kami berasakan banyak perkara perlu ditekankan untuk dikembalikan semula kepada kita secepat mungkin.

“Rakyat di Sarawak tidak boleh berdiam diri lagi dan mereka perlu bersuara. Kertas cadangan penubuhan parti sudah ada bersama saya dan ia akan diserahkan nanti kepada Pengarah ROS dalam pertemuan susulan kami,” katanya lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news