Haziq dibawa ke Hospital KL, tidak akan direman, lapor Malaysiakini 0 5978

KUCHING: Haziq Abdullah Abdul Aziz dilaporkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi tadi selepas diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, petang semalam.

Malaysiakini melaporkan, peguam mewakili Haziq, Ramesh Sivakumar mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anak guamnya dibawa ke Balai Polis Batu 9, Cheras selepas diberkas.

“Menurut pegawai penyiasat, dia tidak akan direman dan akan diberikan ikat jamin polis,” Ramesh dipetik menerusi laporan itu.

Sebelum ini, BERNAMA melaporkan Haziq yang mengaku sebagai individu dalam video lucah dengan mengaitkan seorang menteri Kabinet, dijadual berlepas ke Manila, berdasarkan tiket penerbangannya, sebelum ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata Haziq yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, ditahan pada jam kira-kira 6 petang oleh sepasukan pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi membantu siasatan polis.

“Haziq Abdullah disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menjual buku-buku berkaitan lucah dan sebagainya, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Beliau, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seorang yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam video itu dan menyifatkan sebagai satu tuduhan jahat serta kejam.

Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politik nya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news