Wanita cuba bunuh diri namun berjaya diselamatkan di Miri 0 6533

MIRI: Hasrat seorang wanita mahu membunuh diri tidak kesampaian apabila berjaya diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) di pantai Luak Esplanade di sini, semalam.

Menurut info awal wanita yang identitinya belum dikenal pasti tersebut dikatakan secara tiba-tiba melompat ke arah laut.

Orang awam yang menyedari insiden telah bertindak menghubungi pihak APM bagi menyelamat mangsa. Susulan daripada kejadian pihak APM telah dihubungi bagi menyelamat mangsa.

Pihak APM yang telah berada di lokasi mengambil masa 30 minit untuk memujuk mangs dan akhirnya mangsa menyerah diri dan naik ke atas darat.

Hasil pemeriksaan mangsa berada dalam pengaruh alkohol dan punca mangsa mahu membunuh diri masih lagi dalam siasatan – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news