Tiada rancangan buat rombakan kabinet sekarang – Abang Jo 0 5751

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau masih belum memikirkan tentang rombakan kabinet negeri.

Ia merupakan penegasan sekali lagi oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu yang sebelum ini pernah menolak spekulasi beliau akan mengumumkan rombakan kabinet negeri sebelum penghujung bulan ini.

“Buat masa ini tidak ada (rombakan kabinet) … kalau masa akan datang itu perkara biasa, kalau ada rombakan adalah perkara biasa.

“Namun bukan buat masa ini. Saya tidak memikirkan tentang rombakan (kabinet),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Berjarah Gawai Raya 2019 anjuran SACOFA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Pengerusi SACOFA Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree.

Sebelum ini, semasa mengadakan kunjungan rumah terbuka Hari Raya Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki. Abang Johari turut menegaskan beliau tidak tahu mengenai spekulasi rombakan kabinet negeri.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan akhbar berbahasa Cina yang memetik sumber sebagai berkata bahawa Ketua Menteri akan mengumumkan rombakan kabinet negeri pada 26 Jun ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news