Keluarga gagal hubungi Haziq 0 5983

Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang menggemparkan negara kerana mengaku terlibat dalam hubungan sejenis bersama seorang menteri gagal dihubungi keluarganya sehingga kini.

Menurut laporan sebuah portal berita, bapa Haziq, Abdul Aziz Ibrahim berkata keluarganya tidak tahu di mana ketua pemuda PKR (AMK) Santubong itu berada.

“Kami tidak berhubung dengan anak kami sejak itu. Kami juga tidak tahu di mana dia berada.

“Kami hanya mendengar berita daripada (pelbagai) media,” kata lelaki berusia 53 tahun itu sambil menambah Haziq sendiri langsung tidak memberitahu apa-apa kepada keluarganya,” katanya seperti dilaporkan The Malaysia Insight.

Jelasnya, ahli keluarganya di Kuching, Sarawak gagal menghubungi Haziq sejak 11 Jun lalu, sehari sebelum video seks berkenaan tular.

Menurut Abdul Aziz, keluarganya kini tinggal di rumah ayahnya di sebuah kampung Melayu di Kuching bagi mengelakkan malu dan publisiti.

Keluarga itu berpindah sementara dari rumah mereka di Petra Jaya bagi mengelak ditanya jiran tentang isu tersebut.

“Saya tidak bersedia. Isteri saya juga tidak sihat,” katanya sambil meminta maaf kerana terpaksa menghentikan perbualan.

Sebelum ini, Haziq membuat kejutan apabila mengaku dia adalah lelaki dalam video intim yang didakwanya bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Bagaimanapun Mohamed Azmin menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah jahat.

Susulan kontroversi itu, minggu lepas, Haziq dipecat sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Haziq yang juga ketua Pemuda PKR Santubong, kemudiannya mencabar Mohamed Azmin untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kali terakhir dia dihubungi Haziq pada 1 Jun apabila memberitahu akan mengikuti lawatan ke Paris bersama Shamsul.

Ditanya sama ada Haziq memutuskan hubungan dengan keluarga kerana malu untuk berdepan dengan mereka, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu.

“Saya juga ada soalan sama seperti kamu. (Saya tidak tahu) kerana kami tidak berhubung dengannya,” jelasnya – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news