Penyelam hilang belum ditemui, pencarian liputi 75 batu nautika persegi 0 5932

MIRI: Usaha mencari dan menyelamat seorang penyelam yang dikhuatiri hilang di laut semasa menyelam di kawasan perairan kira-kira 4.5 batu nautika di barat laut Miri, malam tadi, diteruskan lagi pagi ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataannya hari ini memberitahu pencarian di permukaan laut itu akan meliputi kawasan seluas 79 batu nautika (BN) persegi di sekitar lokasi kejadian.

“Dalam pada itu, pasukan selam APMM dari ibu pejabat maritim Negeri Sarawak diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk diatur gerak jika keadaan memerlukan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Pihak maritim yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.35 malam tadi, dimaklumkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Sim How Hua, 41, hilang semasa melakukan selaman rekreasi dan masih memakai peralatan menyelam yang lengkap.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah diaktifkan pada pukul 9.40 malam yang sama, dengan APMM turut menghantar kapal peronda KM Stapa ke lokasi kejadian awal pagi tadi.

APMM memberitahu pasukan polis marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut dimaklumkan dengan insiden berkenan bagi bantuan SAR mangsa serta khidmat menyelam pasukan bomba dan polis marin.

Dalam pada itu, APMM memberitahu cuaca dalam keadaan baik dengan ketinggian ombak sehingga satu meter, diharap mampu membantu pencarian mereka. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news