Harga Minyak RON97 Naik, RON95 Dan Diesel Kekal 0 6075

Kementerian Kewangan hari ini mengemaskini harga baru minyak petrol bermula 28 Jun sehingga 5 Julai 2019.

Dalam kenyataan tersebut, harga minyak Ron 97 naik 11 sen menjadi RM 2.49/liter manakala Ron95 dan diesel kekal masing-masing pada harga RM 2.08/liter dan RM 2.18/liter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya RM 2.19 seliter dan RM 2.28 seliter masing-masing, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Anggaran subsidi yang ditanggung sepanjang tempoh tersebut adalah berjumlah RM 75.16 juta.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news