Enam sekeluarga ditahan ingkar arahan polis 0 5814

MIRI: Polis terpaksa menahan enam sekeluarga terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita selepas mereka cuba menghalang pihak berkuasa membuka halangan haram di kawasan pembinaan sub stesen Miri di sini, sekitar pukul 7.50 pagi pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata operasi pukul 6 pagi itu pada mulanya berjalan dengan lancar sebelum enam sekeluarga terbabit datang dan cuba menghalang pihak berkuasa.

“Mereka menghalang pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) membuat kerja dengan menghalang laluan masuk ke sub stesen dengan kenderaannya supaya kenderaan SEB tidak dapat masuk.

“Kumpulan ini telah dinasihatkan untuk mengalihkan kenderaan tetapi mereka berkeras enggan patuhi arahan polis dan akhirnya polis terpaksa menangkap mereka dan dibawa ke balai polis,” katanya sambil menambah kes akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada SEB dan telah mengeluarkan perintah supaya halangan haram itu perlu dibuka oleh orang kampung dan kerja-kerja pembinaan sub stesen Miri boleh diteruskan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13023

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12494

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news